Student UTP sure kenal dengan gerangan gambar diatas. Bagi yang tak kenal beliau adalah Tan Sri Dato Seri Dr. Hassan Marican. Beliau nih bekas ceo PETRONAS berkuatkuasa semalam. OK. Kalau yang tak berapa kenal dia mesti hairan kenapa la aku tulis pasai dia. Sebabnya sekarang nih orang tengah kalut sapa pengetua AF, sapa pengacara AF dan banyak lagi benda2 remeh temeh yang disangka penting.
Beliau ni dikatakan transformation factor dalam PETRONAS. Ok. Skarang yang still tak rasa apa2 lagi yang hebat pasai beliau, aku akan explain. Tahun lepas 45% (sangat sure) jumlah pendapatan negara datang dari PETRONAS. Then makhluk2 skeptik akan cakap, biasa la juai minyak mesti senang untung. Sapa-sapa pon bleh buat untung janji ada modai.
Kalau nak banding beliau dengan Mawi atau Norman KRU yang baru jadi pengetua AF tuh , aku rasa beliau nih jarang-jarang la keluaq tv kecuali ada benda yang important ja. Kurang popular la tuh. Tapi rasanya boleh aku share dua tiga benda yang boleh kita buat sedaq and appreciate apa beliau buat untuk Malaysia nih.
Untuk yang tak faham pasai minyak2 nih meh aku cerita secara ringkasnya.Minyak dalam Malaysia nih dah tak banyak. Makanya Petronas dulu yang berniaga dlam negara nih terpaksa la keluaq untuk berkembang. Macam mana? maksudnya macam seorang peniaga pasar tani di dalam sebuah kampung yang bukak cawangan di Pasar Malam New York . US. Faham? (ada pasar malam k kat sana? haha) Jadi siapa yang jadi captain@ ketua untuk mengemudi bisnes di tempat baru nih? makanya beliau laa.
Jadi beliau nih la yang mengemudi planning petronas untuk terus maju dan berkembang. So apa kena Petronas maju dengan Nasik Goreng yang kita makan setiap hari? Duit-duit untuk petronas nih diberi kepada kerajaan. Maka kerajaan pon buat la subsidi baja padi , subsidi minyak kelapa sawit. Subsidi minyak petrol , subsidi gas memasak dan segala macam yang diperlukan untuk jadi Nasi Goreng. Makanya bila untung Petronas Kurang, Subsidi pon kena potong, subsidi kena potong , harga barang akan meningkat, harga barang meningkat , nasik goreng yang 3.50 kita makan akan jadi maybe 6 ringgit. So kurang la kualiti hidup kita sebab kita kena makan nasik kosong ja. (Andaikan nasi goreng adalah makanan yang mewah hahaaha) . Yang dpat duit PTPTN pon silap haribulan sangkot jugak kalau ekonomi negara ada problem.
Jadi beliau nih ,setiap hari la memerah otak macam mana nak bagi Petronas untung, so dapat la rakyat nih hidup dalam keadaan yang sepatutnya . TAPI , suatu masa dulu bila minyak naik harga nih, ada rakyat yang agak kurang bijak siap maki-maki beliau. Cakap petronas cari untung lebih dan macam-macam yang tak patot. sebaliknya dipuji-puji artis2 yang jambu-jambu dan seksi dengan alasan mereka sanggup berkorban untuk negara (haha , tayang-tayang body itu perngorbanan kata mereka). Jadi rasanya benda tuh tak sepatotnya jadi.
Skarang dah faham? macam mana beliau boleh ada kena mengena dengan keadaan hidup kita sekarang? Benar , bukan beliau sorang ja yang buat semua benda untuk bagi negara duit. Tapi secara overviewnya kita tahu beliau besar peranannya dalam keadaan negara kita sekarang.
Nak kita jadi macam orang-orang dulu? Time P.ramlee ada tiada penghargaan. Tak kesah pon. Tapi bila dah takdak, baru kalot nak bagi Tan Sri , letak nama jalan, letak nama muzium , sibuk2 nak main filem. No , kita bukan macam sesetengah orang dulu-dulu yang tak pernah menghargai. Kita bagus sket. Kita chill hahaha..
Lagi satu cerita, time aku intern aku p semayang jumaat kat surau tower 1. Then aku tidoq setelah duduk di saf. masuk khutbah kedua aku terjaga. Ada sorang pakcik pakai baju melayu putih dengan kain pelikat putih dok sebelah. Dalam hati aku kata, 'ai, dan lagi pakai kain pelikat pakcik nih.. ' jadi lepas tuh aku sembahyang laa. Pakcik tuh sebelah kiri aku, time bagi salam first aku ok, bagi second salam aku cam terkejut, Mak Oi.. Pak Cik tuh Tan Sri Hasan laa.. Apa lagi, baca doa cepat2 , aku tunggu dia habes baca doa. Teruih huluq tangan nak salam, dia salam. Muka serious , banyak keja kot. Lepas tuh mula la aku cerita kat kawan2 aku kat office. depa kata jangan basuh tangan haha...
Aku tulis nih bukan sebab ada kepentingan. Kerja dengan PETRONAS pon tatau dapat k dak. Aku tulis nih at least boleh la bagi orang appreciate kerja-kerja orang yang sangat banyak membantu kita secara tak langsung. Maybe tak over kalau kita cakap dia nih Hero! 
*Aku dah siap berangan nak grad taun nih amek scroll dari dia, tapi tatau laaa.. kalau dia dah letak jawatan dia jadi pro chancellor lagi x? huhu
Untuk Dijual
Brother Digital Multimeter .Untuk Student Eletrical Engineering : RM49.90 , Measure Voltage, Amp Dan Banyak Lagi. Hubungi Figo : 013-5010038
Assalamualaikum
Saya Manusia Biasa,Saya suka jalan-jalan hujung minggu dan melancong. Bila saya pandu kereta saya sangat sopan tapi bila saya tunggang motosikal saya teruja dan bersemangat sekali.Saya dalam proses mencari benda-benda baik untuk dijadikan tauladan. Saya seorang pendiam "-_-
Yang Sudah Sudah
-
►
2009
(136)
-
►
November
(15)
- Masakan Terakhir Sebelum Berpisah
- Salah Faham & Jabatan Penerangan Tak Rasmi
- Auld Lang Syne
- Ciri-Ciri Wanita Pilihan
- Good Luck My Self
- Makcik Hang Suroh Hang Kahwin. Hang Nak Buat Apa?
- Owh I Think It Must be A dream
- Quote
- Guitar Van Halen lah sangat sudah siap.
- Sabtu Yang Bosan..
- Antologi Mapley (updated)
- Secukup Manakah Cukup?
- Dilema Oh Dilema..
- Owh sudah lama tidak menulis!
- :)
-
►
October
(17)
- We And Me Sket..
- The Beatles
- Saya Search Google : Rezeki
- SCHOLAR BULAN NOVEMBER 09
- Jangan La Ikot Flow Chart Nih
- A.C Milan
- Peliknya Kipas Itu
- Wanita Yang Terbaik
- Al-Kisah Rumput-Rumput Cinta
- Heh..
- Adeh
- Ubat Gigi Yang Pelik
- They Told Me
- Koleksi Gambar Melayu Handsome
- On.On.On.On
- Kawan Jauh.
- Chocolate Coklat Cekelat Kelat Cokolat
-
►
November
(15)
My Blog List
-
-
Tan Sri Hassan Marican20 hours ago
-
-
Photos1 day ago
-
-
-
-
-
-
-
-
pelanduk 2 serupa1 month ago
-
Update Sekejap!2 months ago
-
Let me tell you something you already know. The world ain't all sunshine and rainbows. It is a very mean and nasty place and it will beat you to your knees and keep you there permanently if you let it. You, me, or nobody is gonna hit as hard as life. But it ain't how hard you hit; it's about how hard you can get hit, and keep moving forward. How much you can take, and keep moving forward. That's how winning is done. Now, if you know what you're worth, then go out and get what you're worth. But you gotta be willing to take the hit, and not pointing fingers saying you ain't where you are because of him, or her, or anybody. Cowards do that and that ain't you. You're better than that!
O.K , Anda baru kerja... Ada duit sikit untuk beli kereta. Maka mulalah memilih kereta-kereta yang berpatutan dengan gaji anda. Skyline , Porsche , Bugatti Veyrone ,Lamborghini dan Ferrari janganlah letak dalam list. Itu kena tunggu anda semua jadi jutawan dulu. Setakat gaji starting kerja , tidaklah bijak untukbeli kereta mahai2.
Keliru? Sebab taktau nak pilih kereta mana? Memang susah laa sebab benda bukan seringgit dua, tapi puluh2 ribu punya hal. Ok.Selalunya Myvi ngan Satria Neo cukup top la kalau buat sembang2. So aku rasa aku nk compare base kepada pengalaman aku naik , bawak, tengok dan basuh kereta nih.
First, kena ingat.. apa yang aku tulih nih base kepada pengalaman aku. jadi kalau ada tak setuju tak kesahlah. Lagipun aku bukan Paul Tan , Jeremy Clarkson atau Alan Cathchart.Aku tulis tak spesifik sangat, so senang sikit orang nak faham.
Engine : 1.3 atau 1.6 tapi dua2 tuh dalam kategori masuk minyak RM20 boleh tahan5hari bagi student main2 dalam universiti. CAMPRO? CPS? kalau bawak setakat 110km/h tak kesah laaa.. Apa beza Mivec , VVti , Campro , Vtec kalau kita guna untuk setakat pergi kerja ngan jalan2 sket. ada la beza, tapi sikit sangat.
Praktikal: Sapa sapa yang nak kawin awai dan anak ada anak cepat2 rasanya kurang sesuai la pakai neo. Satu sebab dia coupe.2 pintu. Kalau dah ada anak lagi satu susah la nak keluar masuk.
Lepas kalau nk bawak ramai orang pon jadi leceh, kalau nak bawak barang besaq2 pon boley, tapi leceh la sebab pintu takdak, kalau eksiden?hmm.. orang belakang maybe susah nak kuaq.. tapi ad baiknya gak,klau bujang bagus ar.. sapa nak bawak barang byk2 kalau bujang , lagi satu gaya mengatasi praktikal adalah benda biasa bagi orang bujang.
Maintenance : Tnya la user proton, apa masalah proton. power window sikit2 tuh biasalaaa.. tapi maybe sekarang dah bagus kot. Minyak engine ngan lain2 macam biasa jugak. Satu benda perasan tak, kereta proton dia pnya brake disc kalau kena ujan lepas tak jalan nampak karat2 timbul.. hmm.. nih maybe bleh tukaq kot lepas beli.
Second Hand Price: Mak aku beli GEN2 rm52K , pakai tiga tahun jadi 26K. So faham2 laa...
Make-Up: Proton pnya kereta kalau mekap2 memang selalunya menjadi, sikit2 pon dah nmpak cantek. aku tak tau pasai apa tapi memang cantik. rasanya sebab bnyak barang aftermarket kat kedai.
Performance: Aku penah bawak porsche 2 model yang berlainan (bukan cakap besaq daa). Lepas 2 aku bawak neo ngan gen2. Aku rasa sama .... serious sama... dari segi power memang la proton kurang kaw2.. tapi dari segi tayar melekat dekat jalan time high speed corner. rasa memang sama... buat apa aku nak tipu, aku puji proton pon bukan depa bayaq aku.. tapi memang rasa sama...
Gegaran: 12okm/j ok ja .. bunyi angin sikit2 jaaa.. tak gegaq terok.. dari luaq dengaq bunyi pon smooth ja enginenya.
MYVI
Bentuk : Bentuk sedikit bulat-bulat ,dan kadang-kadang nampak tembam tapi cantik jugak.Lebaq, kalau tukaq rim nampak agak compact dan mantap.Engine : 1.3 sama cam neo jugak, engine toyota . So tak kisah laa perodua cakap ap pon.. memang teknologi toyota. reliable.tapi macam kurang karekter laa.. mksud dia cam sama jaa dengan kereta lain.. kuat jugak pick-up kereta nih.. tapi direka bukan untuk performance macam neo.. kereta nih untuk transportation ngan p kerja, balik kg.. memang ok engine dia.. minyak lebih kurang ja.. ikot cara bawak..
Praktikal: Confirm la myvi lagi praktikal dari neo, 4 pintu lawan 2 pintu... macam satu rumah ada 2 pintu ngan 4 pintu laa.. takyah sesak sesak.. tinggi.. letak barang pon ok gak.. tapi kurang sket la dari segi gaya.. kalau dah kawin takyah tukaq2 kereta... buat ja jadi kereta kedua...
Maintenance : Perodua agak bagus la dari segi maintenance dia... kurang masalah ngan reliable, tapi kalau hang jenih pakai ja tak check ap2 pon kat engine sama ja ngan kereta yang ada masalah maintenance... sikap tu yang important haha..
Second Hand Price: harga second tinggi gak... tak caya tengok harga kelisa second... mahal kn...
Make-Up: Banyak juga barang make-up dekat kedai.. tapi untuk jadi cantik laa. untuk nampak kemas dan padat. tapi kalau nak nmpak sporty memang tak laa.. bukan baka dia untuk nampak sporty.. tukaq rim sket , adjust suspension pon dah cantek.. cukup.. takyah buat lebih2.
Performance: Cornering, sama macam kereta2 biasa, takdak apa yang special.. kalau laju2 kona memang terhenggot2 jugak bontot keta nih...tapi radius dia kecik la.. untuk parking maybe senang sikit.. tapi kalau parking skill dah memang terok.. radius kecik mana pon memang susah jugak..
Gegaran: 12okm/j ok ja ..tapi ada gegaq sikit compare tu neo.. tapi still selesa..
Banyak benda yang berubah minggu ini. Suddenly aku tepikiaq pasai masa depan. Segala cita-cita yang penah aku teringat pon aku ingat balik. Macam cerita dalam wayang. Flash back. Dari kecik nak jadi apa, sekolah nak jadi apa, last2 skali dah nak grad. Aku pon tatau nak jadi apa. Nak kata jadi pakar IT , jauh sekali aku tak minat. Boleh aku beli masa lagi untuk pikiaq? Haha..
Kawan-kawan dah ada banyak plan dah , ada yang nak kerja itu-kerja ini . Nama bakal anak depa pon aku dah ada dengaq sikit2 haha. Its good to plan , nothing wrong with that. This moment of time aku banyak buat SWOT analysis pasai diri sendiri skit. Melayu cakap Muhasabah. Cina cakap Mung Hua Sa Ba .erm.. cina cakap aku tipu ja.
First time aku rasa masa kat UTP nih berharga sket. Tak sampai 6 bulan lagi dah nak grad. Jalan-jalan dari v5 ke v6 pon dah macam jadi trip yang sangat nostalgic. Ahh blah la lu.. Hehe
Last time nih jadi sem untuk kampoi kaw-kaw. Buat apa yang aku tak penah buat kat sini. Spend masa lebeh sket untuk kawan-kawan yang aku taktau jumpa lagi k dak lepas nih.
Nih bukan ayat sedeh , aku takmau menyesai bila orang lain cakap zaman universiti paling thrill dan menarik dalam hidup. Mr.Razi lecturer time sembang2 slalu ckap kot , tak enjoy zaman universiti , memang rugi (enjoy = hidup berfaedah dengan perasaan gembira, bukan melingkup anak dara orang atau jadi orang ntahapapantah) .
Bapak aku pesan first day masuk UTP , jangan jadi jahat ,belajaq rajin2. Mak aku pesan call selalu. Memang lepas tuh aku call selalu. Sebab? banyak sebab hahaha.. Ok, bab bapak pesan jangan jadi jahat. Alhamdulillah lulus kot. Bab belajaq rajin2 , erm.. pak sebagai anak muda kadang2 saya terpesong dengan keindahan alam remaja lalu kurang rajin sedikit jadinya.hahaha.. erm dia cakap bagi dapat atas 3 la , haha insyaAllah atas 3 laa.
Aku tak penah p tempat yang aku rasa banyak orang pandai kot.
Almaklumlah , kita bukan mai dari SBP. Hehe
Syukur banyak disitu. Berbanding ngan aku kat rumah laaaa.. main bola ngan geng-geng moto selalu ja, p jamming.. pemain dram isap gam. kawan2 lari dari rumah mai tumpang tidoq rumah aku pon banyak jugak, tengok kawan-kawan kena tangkap polis depan mata pon macam penah ja. Tapi depa laa.. aku kawan ja.. aku mana jahat pon .
Jadi, apa aku nk buat lepas U? Teruih kerja? Ok gak, kalau PETRONAS panggey alhamdulillah la. Kalau dak panggey? Bapak cakap dia suruh sambung ja. biasiswa encik Mahmod. Haha. Boleh la jadi lecturer. Boleh la start berangan dari la..
Sekarang dah banyak blog wujud di atas mukabumi nih. That is a good sign. Meaning that orang2 malaysia dah mula banyak menulis. Banyak menulis , banyak pula yang baca , banyak yang baca , banyak lagi yang bergossip. Bagus la tuh.
Tak senang jugak nak menulis nih. First, macammana nak convert signal2 eletrik dalam otak kepada tangan yang menaip. Aku rasa yang paling susah tulis blog ni ialah untuk menyampaikan idea sendiri dengan cara yang paling mudah sekali.
Almaklumlah kita takdak cerita lain nak dicerita , banyak benda yang ditulis ni tak semua betoi. Tapi kalau agak-agak betoi gunalah, kalau tak betoi buat gelak sudah la. Kawan aku yang tulih blog penah cerita kat aku , satu masa nanti kemarau idea akan datang .. Aku dah kena dah. Aritu takdak benda dalam otak nak ditulis. Tengok blog sendiri pon dah rasa macam boring. Tapi mujuq la sat ja hahaha.
Belek-belek paper , tadi nampak seorang blogger adukataruna sudah kena tangkap. Dia tulis benda yang boleh buat dia kena tangkap dengan polis. Aku pon dah takot, kot-kot la eja benda lain tiba2 jadi nama menteri k apa ka. So insyallah la, apa yang aku tulis aku tapis dulu.
Kerana Keyboard Badan Binasa.
As i write this blog not for the sake of commercialism, jadi proses update blog nih tak ada jadual. As idea come aku pon tulis.
Why tulis blog? kenapa tak tulis diari? kalau ada orang tanya neh aku cakap j la sebab aku gila glam. Blog boleh boh gambaq ngan kaler2 sket. Diari apa barang, zaman cengkadak orang pakai la..
Kenapa takdak iklan atau advertisement? sebab aku taktau nak bubuh cammana (tak berusaha untuk tau). Lagi satu takot feeling menulis tuh hilang . Sebab nanti kerja kira duit masuk ja, maklumlah.
Kenapa takdak orang komen blog aku? sebab aku letak komen kat atas. Jadi ramai orang malas nk scroll (guna jari telunjuk , 000.45kJ @ 0.00000021Cal untuk klik) atau memang orang tak dak menda kat komen. Lagipun zaman skarang komen banyak2 pon bahaya. Satgi kena simbah ayaq panas pulak.
Kenapa tikus tak gemok2? Tikus tuh dah menopaus. hormon2 dalam badan dia dah tak gerak. Tunggu masa ja nak p.
Itulah soalan-soalan yang selalu ditanya. So insyaAllah lepas nih banyak kot benda nak keluaq dari otak neh :)
Anda telah terlibat dengan kemalangan. Anda langgar orang atau orang langgar anda. Lutut anda telah ketar2.Tak tahu apa nak dibuat. Anda rasa dunia sudah gelap-gulita. Jangan Gelabah. Ikotilah langkah-langkah yang disediakan base daripada pengalaman bobo sendiri. hahaha.
- Anda accident , tiada orang cedera (Anda Bersalah)
mengurangkan kemarahan pihak yang dilanggar. Cakap lembut-lembut. Negotiate apa yang patot. Minta maaf sebab anda bersalah.
- Anda accident , tiada orang cedera (Anda Tidak Bersalah)
- Anda accident , ada orang cedera (Anda bersalah)
- Anda accident , ada orang cedera (Anda tidak bersalah bersalah)
- ADDITIONAL NOTES
- Jangan rasa bersalah kalau orang lain yang bersalah. Terutamanya kalau yang langgar anda ialah mat rempit yang buat hal di atas jalan (Orang naik moto bukan semestinya mat rempit)
- Jangan gelabah biawak walaupun aku sendiri gelabah. Benda telah jadi. Call mak bapak anda to inform mereka. Jangan cuba sembunyikan benda-benda ini, walaupun anda telah menghancurkan 1/4 Mercedes SLK Kompressor bapak anda. Let your family informed to avoid misunderstanding.
- Kereta tarik akan datang sambil cuba memberikan bantuan yang diragui keihklasannya. KALAU KERETA ANDA MASIH BOLEH JALAN, CUBA BAWA KE TEMPAT YANG TENANG DAN TIADA BANYAK KERETA. JANGAN SAIN ATAU ISI APA2 BORANG YANG DIBERI. KALAU DIA TANYA NAK TARIK KEMANA
- KOL MAK BAPAK DULU. sebab geng towing car nih selalu tarik ke bengkel diorang . SANGAT BANYAK PENIPUAN DISITU.
- KALAU ACCIDENT DEKAT RUMAH , SURUH DIA TARIK KE BALAI POLIS THEN KE RUMAH ANDA DULU.CAKAP DIA JANGAN PANDAI2 TARIK KE BENGKEL.
- REPORT POLIS CEPAT2.
- KEMUDIAN BARU CARI BENGKEL YANG MEMANG ANDA FAMILIAR. HANTAQ KERETA KE SITU.
- Jangan Gaduh dengan orang yang terlibat dengan accident.
Bawak kereta cermat2. Kalau hujan , takyah lebih dari 60km/j. Ini Michael Schumacher yang cakap bukan aku yang cakap.
Till then.
*aku tak terlibat dengan apa2 accident pon lately tapi teringat untuk tulis benda nih. :)
How are you there?


